Tuesday, February 22, 2011

HARI PERKHAWINAN

Pada 19 Febuari yang lepas,kami sekeluarga telah menghadiri majlis perkhawinan saudara di Kampung Sebatu Suai. Kami sekeluarga datang lebih awal pada petang hari Jumaat.Kami merancang untuk datang awal supaya dapat membantu membuat persiapan untuk kegunaan sebelah malam.Saudara -mara ramai juga sudah datang pada waktu petang itu membantu membuat pelbagai persediaan.Salah satu persiapan yang kami buat ialah menyediakan makanan untuk dihidang kepada para tetamu yang ada menghadiri majlis yang akan akan dilangsungkan pada waktu malam.Pelbagai makanan dan minuman yang ada disediakan oleh pihak perempuan bagi majlis perkahwinan mereka.Penduduk kampung pula sibuk menyediakan khemah tempat memasak di hadapan rumah panjang itu.

Kira-kira pukul 6.00 petang para tetamu bagi pihak lelaki tiba di rumah panjang.Saudara mara pihak lelaki sangat ramai hadir ketikma itu. Mereka ini datang Bintulu semua serta ada juga yang datang dari Sibu.Walaupun tempat mereka agak jauh,namun mereka sanggup datang bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan ini.Kedatangan mereka disambut dengan pukulan gong bertalu-talu……Sepanjang perjalanan mereka dari Bintulu,sebuah lori membawa peralatan gong dan sebuah bendera Malaysia atau Sarawak dikibarkan pada lori tersebut dalam masa yang sama gong ini dipukul .Apabila mereka sampai dikampung,mereka sedia dialu-alukan.Setelah itu,mereka dihidangkan dengan minuman.

Kira-kira pukul 8.30 malam.Semua orang yang datang dijemput makan.Selepas makan,tempat itu dibersihkan.Bagi keselamatan semua pengunjung.Setelah semuanya selesai.Majlis perkahwinan itu dilangsungkan.Pihak lelaki masuk bilik perempuan kerana mereka akan duduk bersanding di tengah-tengah ruai,tika itu juga bapa pihak lelaki ada menyampaikan sepatah dua kata,seterusnya diikuti dengan wakil pihak perempuan. Kedua-dua pihak lelaki dan perempuan ada menyampaikan kata-kata nasihat kepada anak mereka.Selesai upacara ini,pasangan pengantin lalu membahagikan air pengantin kepada semua orang.Selesai saja majlis ini.Semua minuman yang ada dikeluarkan dari bilik untuk diminum.Akhirnya,majlis ini diakhiri dengan tarian ngajat dan pelbagai aksi tarian yang ada. `

No comments:

Post a Comment