Monday, January 24, 2011

TAHUN BARU 2011 DI TEMPAT SAYA

ngabang


kuih-muih yg dihidangkan


1 Januari setiap tahun merupakan tarikh yang dinantikan oleh setiap kaum Dayak di Sarawak.Ia menandakan bermulanya tahun baru bagi masyarakat kami.Jadi kebanyakkan ibu bapa pada masa ini agak sibuk menyediakan keperluan untuk merayakannya.Secara kebetulan perayan ini disambut semasa cuti akhir semester.Jadi ramai dikalangan anak-anak yang bersekolah menengah dapat balik merayakannya.Kebanyakkan penghuni rumah kami yang bekerja jauh dapat balik untuk merayakannya bersama-sama keluarga,

Dengan jumlah yang mencecah angka 200 orang termasuk kanak-kanak maka dengan kedatangan sanak saudara dari jauh akan menimbulkan keriuhan dan berbgai karenah dan ragam mereka .Tarikh –tarikh 29,30,31 Disember merupakan tarikh yang paling sibuk bagi semua penduduk rumah kami.Masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing.Ada yang pergi membeli –belah di pasar Batu Niah,tetapi ada yang pergi ke Bandar Miri dan Bintulu.


Satu benda penting semasa sambutan taun baru ialah membuat air tuak yang akan diminum sebagai air pengayu pada malam 31 Dis.Air tuak ini dibuat daripada campuran ragi yang khas untuk membuat tuak.Pada malam 31 Dis diadakan makan bersama –sama keluarga iaitu makn malam bersempena dengan menyambut taun baru ini.Berbagai lauk pauk yang istimewa telah disediakn oleh ibu .Sya sungguh berselera menghadap lauk yang berbagai itu.


Tepat pada pukul 12.00 tengah malam 31 Dis gong akan dipalu menandakan masanya untuk minum air pengayu.Semua penghuni akn berkumpul di tengah ruang tamu ruai.Upacara miring pun dijalankan dan rasmilah sudah sambutan hari taun baru bagi tahun 2011 ini.Acara kunjung-mengunjungndan atau “ngabang”pun bermula diantara penghuni rumah kami.Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh semua penguin rumah panjang untuk melihat persiapan oleh jiran-jiran disebelah menyebelah.Acara kunjung-mengunjung merupakan satu tradisi untuk mengeratkan lagi persefahaman antara penghuni rumah kami.


Perayaan hari tahun baru pada tahun ini merupakan sambutan yang menarik yang pernah saya alami.Ini adalah kerana ia merupakan sambutan pertama dalam alaf baru ini. Sekiranya kawan-kawan ingin merasai sambutan Tahun baru silalah ke rumah saya.Kami akan menyambut kedatangan kawan-kawan dengan tangan yang terbuka tanpa mengira bangsa ataupun agama.