Wednesday, February 9, 2011

Gong xi Fa cai


Perayaan hari Tahun baharu cina tahun ini merupakan sambutan yang menarik .Pada tahun Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengadakan majlis rumah terbuka Gong Xi Fa cai di Bandaraya Miri bertempat di Dataran kipas pada tarikh 7/2/2011 hari ahad.Tujuan ini adalah untuk menjalinkan kemesraan rakyat Malaysia.Saya berasa syukur berada di Negara Malaysia yang penuh dengan kedamaian serta keamanan.

Perayan ini julung kalinya diadakan di miri.Berdasarkan kepercayaan kaum cina,Tahun ini merupakan tahun yang sangat baik bagi orang yang ingin memulakan perniagaan.Hal ini kerana,Tahun ini ialah tahun Arnab bagi kepercayan mereka.Haiwan ini mempunyai cirri-ciri yang bijak dan jinak bersesuai dengan semua bayi yang lahir pada tahun ini yang mempunyai sifat bijak dan jinak.Secara kebetulan,majlis ini berlangsung ketika murid masih bercuti.Dengan jumlah yang mencecah 10 ribu orang menimbulkan keriuhan dengan suasana yang sangat harmoni.

Dengan menggunakan peluang yang ini saya dan saudara-mara turut hadir melihat majlis ini.Keadaan di Dataran kipas saat itu sangat sesak dan sempit sekali kerana tempat itu dipenuhi para penonton yang datangnya dari pelbagai tempat,bangsa serta ragam yang berbagai-bagai.Sepanjang majlis ini berlangsung.Kami telah dihiburkan oleh para artis tempatan.Mereka yang menghiburkan kami pada malam itu adalah 5 orang peserta.Para artis ini membawa lagu pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu,Iban,cina,kayan,India.Tidak ketinggalan juga kami telah dipersembahkan pelbagai etnik tarian yang membawa maksudnya tersendiri daripada Kelab Komunikasi dan Kebudayaan Kuala Lumpur.Persembahan tarian singa juga ada dipersembahkan.Tarian ini sangat menarik perhatian para penonton sehinggakan ada yang meniru gaya pergerakan singa itu dan teriakan para penonton tanda keriangan mereka memberi sokongan tarian tersebut.

Sehubungan dengan itu,majlis ini memerlukan pertolongan daripada pihak jabatan pertahanan awan untuk menjamin keselamatan para tetamu kehormat yang turut hadir pada masa itu.Pasukan keselamatan yang turut terlibat ialah polis,bomba,rela dan pasukan bulan sabit merah. Mereka semua memberikan kerjasama yang sangat bagus kerana tiada perkara yang buruk berlaku sepanjang malam itu.Ini kerana kawalan mereka sangat teratur dan semangat semangat berpasukan mereka agak baik antara setiap pasukan.Mereka juga ada yang bertugas untuk menghidangkan makanan.Majlis ini sangat meriah kerana dapat sambutan ramai daripada penduduk Miri.

Bagi penutupan majlis ini,Tiga orang jurucakap menanyakan soalan kepada beberapa orang penonton.Mereka ini terdiri daripada jurucakap Miri FM,Sarawak FM dan Mandarin. Setelah itu,kami dihiburkan oleh artis dari KL.Bagi menamatkan majlis ini,Semua penari sekali lag membuat persembahan tarian satu Malaysia yang terdiri daripada tarian tradisi.Kira-kira jam 11 lebih majlis ini tamat…………………

No comments:

Post a Comment