Monday, April 4, 2011

PRAGAWAI CSF PPKS 2011


Pada tarikh 2/4/2011 yang lepas kelab CSF PPKS telah mengadakan majlis pragawai di Tanjung Lubang.Majlis pragawai ini terbuka untuk semua pelajar ppks tanpa mengira agama dan bangsa.Bilangan semua kami yang menyertai majlis ini seramai 40 lebih orang.Kami telah menyewa sebuah bas untuk pergi dan balik masa pergi ke sana.Tepat pada pukul 8.00 pagi,kami berkumpul di hadapan gate ppks untuk memastikan semua kehadiran pelajar yang menyertai itu semuanya hadir .Setelah semuanya selesai tanpa menglenggahkan masa,Bas kami bertolak dari ppks kira-kira jam 8.30 pagi.Sebelum pergi ke Tanjung kami pergi ke rumah kawan dimana tempat kami memasak semua makanan yang akan dimakan di tanjung.Saya dan tiga orang kawan memasak makanan dirumah kakak kawan saya iaitu di lutong baru.

Apabila bas sampai di hadapan rumah ,Ajk yang bertugas untuk makanan menyimpan sebahagian makanan dalam bas dan selebihnya disimpan dalam kereta.Selepas itu,bas pun bertolak untuk menuju ke destinasi kami.Saya dan tiga orang rakan menumpang kereta kawan saya.Tanggungjawab sebagai Ajk Makanan amatlah besar bagi saya kerana ia memerlukan perancangan yang bagus untuk makanan dan minuman semua. Bagi memastikan semua makanan cukup untuk dimakan,kami menyediakan menu terlebih dahulu dan kami juga harus bijak memilih makanan dan minuman berdasarkan wang yang ada pada kami.Ini mengelakkan berlakunya kerugian kos perbelanjaan Kelab CSF.Menu yang kami sediakan ialah mie Hunn goring,Nasi goring,Bread,air bandung dan teh.Makanan dan minuman ini untuk sarapan pagi kami dan nasi goring beserta dengan makanan BBQ makan tengah hari.

Sampai sahaja semua kami di Tanjung lubang,Kami kerjasama mengangkat semua barang dan meletakkan di dalam pondok…Disamping itu,kami dapat mengeratkan perhubungan diantara kami dalam melakukan aktiviti yang lain malah menambahkan kemesraan setiap kami semua..selesai sudah menggangkut barang,kami teruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh sauadara Andrew.Meskipun kami menganjurkan majlis pragawai,namun kami tidak meninggalkan ajaran agama.Maka,saudara Adenny mengambil sedikit masa untuk memberi khotbah pada kami semua.

Selesai sudah pembukaan majlis pragawai kami,Kini giliran Ajk BBQ pula menjalankan tugas mereka iaitu memanggang.Antara makanan yang dipanggang ketika itu ialah sayap ayam,Hotdog,dan bebola ikan. Manakala pada sebelah petang pula,kami ada mengadakan aktiviti sukaneka.Sukaneka ini melibatkan semua pelajar csf.Kami telah dibahagikan kepada 5 kumpulan.Antara aktiviti ialah tiup tepung,belun,lari dalam guni dan bawa pingpong dalam sudu.Kini berakhir sudah aktiviti sukan,Juara dalam semua pertandingan ini ilah kumpulan saya iaitum kumpulan satu.

Jam 5.30 petang kami bersiap dan mengemaskan kan semua barang2 dan membersihkan pondok sebelum pulang ke ppks.Berakhir sudah semua program kami pada tahun ini sambutan pragawai 2011.kami semua sangat gembiram dan bersukacita…….