Monday, May 2, 2011

Aktiviti Hujung Minggu


Pada 1 mei yang lalu kami sekelas(SM) ada mengadakan aktiviti di luar kelas bersama dengan pelajar (CPS).Kami mengadakan aktiviti ini di tanjung lobang bersamaan dengan hari ahad.Tujuan kami mengadakan aktiviti ini kerana kami ingin memupuk semangat setia kawan,mengeratkan hubungan silaturahim sesama kami semua dan dapat memanfaatakan masa bersama dengan tenaga pekerja kami.



Aktiviti kami pada hari itu berjalan dengan lancar sekali kerana kami semua memberi kerjasama yang sangat bagus diantara satu sama lain termasuk lah pengajar kami.Tambahan pula denga cuara yang sangat mengizinkan kami melaksanakan segala aktiviti yang telah dirancang.Pada waktu pagi,kami mengadakan senaman poco-poco .Slepas itu,kami teruskan dengan acara memanggang ayam dan sosej.Sementara menanti ayam dan sosej masak,pelajar yang tidak terlibat dengan memanggang,mereka semua membawa haluan masing-masing dan bersantai-santai disana.



Manakala,pada sebelah petang,Kami mempunyai aktiviti sukaneka yang melibatkan semua pelajar yang menyertai perkelahan ini.Tepat jam pukul dua,kami melaksanakan semua permainan yang telah dirancang.Permain yang kami adakan ialah.permainan ping-pong.tarik guni.gelang getah dalam straw,tiup tepong,ikat kaki berpasangan dan belon beracun.Semua aktiviti ini mendapat sambuatan yang baik dari semua pelajar.Sebelum membuat sukaneka,kami dibahagikan kepada 4 kumpulan,dimana satu kumpulan ada 5 orang ahli.Segala aktiviti ini memerlukan kerjasama dalam kumpulan.Setiap permainan sudah pasti ada yang menang dan kalah.Dan siapakah juara dalam aktiviti ini kami belum tahu lagi…hhehehee……



Selesai saja sukaneka tamat,kami bersama-sama membersihkan pondok tempat menyimpan semua barang dan mengutip sampah.Kami juga tidak ketinggalan bergambar disana sebagai kenang-kenangan kami semua.Kira-kira pukul 5 kami pun bersedia balik ke kolej(ppks).

Monday, April 4, 2011

PRAGAWAI CSF PPKS 2011


Pada tarikh 2/4/2011 yang lepas kelab CSF PPKS telah mengadakan majlis pragawai di Tanjung Lubang.Majlis pragawai ini terbuka untuk semua pelajar ppks tanpa mengira agama dan bangsa.Bilangan semua kami yang menyertai majlis ini seramai 40 lebih orang.Kami telah menyewa sebuah bas untuk pergi dan balik masa pergi ke sana.Tepat pada pukul 8.00 pagi,kami berkumpul di hadapan gate ppks untuk memastikan semua kehadiran pelajar yang menyertai itu semuanya hadir .Setelah semuanya selesai tanpa menglenggahkan masa,Bas kami bertolak dari ppks kira-kira jam 8.30 pagi.Sebelum pergi ke Tanjung kami pergi ke rumah kawan dimana tempat kami memasak semua makanan yang akan dimakan di tanjung.Saya dan tiga orang kawan memasak makanan dirumah kakak kawan saya iaitu di lutong baru.

Apabila bas sampai di hadapan rumah ,Ajk yang bertugas untuk makanan menyimpan sebahagian makanan dalam bas dan selebihnya disimpan dalam kereta.Selepas itu,bas pun bertolak untuk menuju ke destinasi kami.Saya dan tiga orang rakan menumpang kereta kawan saya.Tanggungjawab sebagai Ajk Makanan amatlah besar bagi saya kerana ia memerlukan perancangan yang bagus untuk makanan dan minuman semua. Bagi memastikan semua makanan cukup untuk dimakan,kami menyediakan menu terlebih dahulu dan kami juga harus bijak memilih makanan dan minuman berdasarkan wang yang ada pada kami.Ini mengelakkan berlakunya kerugian kos perbelanjaan Kelab CSF.Menu yang kami sediakan ialah mie Hunn goring,Nasi goring,Bread,air bandung dan teh.Makanan dan minuman ini untuk sarapan pagi kami dan nasi goring beserta dengan makanan BBQ makan tengah hari.

Sampai sahaja semua kami di Tanjung lubang,Kami kerjasama mengangkat semua barang dan meletakkan di dalam pondok…Disamping itu,kami dapat mengeratkan perhubungan diantara kami dalam melakukan aktiviti yang lain malah menambahkan kemesraan setiap kami semua..selesai sudah menggangkut barang,kami teruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh sauadara Andrew.Meskipun kami menganjurkan majlis pragawai,namun kami tidak meninggalkan ajaran agama.Maka,saudara Adenny mengambil sedikit masa untuk memberi khotbah pada kami semua.

Selesai sudah pembukaan majlis pragawai kami,Kini giliran Ajk BBQ pula menjalankan tugas mereka iaitu memanggang.Antara makanan yang dipanggang ketika itu ialah sayap ayam,Hotdog,dan bebola ikan. Manakala pada sebelah petang pula,kami ada mengadakan aktiviti sukaneka.Sukaneka ini melibatkan semua pelajar csf.Kami telah dibahagikan kepada 5 kumpulan.Antara aktiviti ialah tiup tepung,belun,lari dalam guni dan bawa pingpong dalam sudu.Kini berakhir sudah aktiviti sukan,Juara dalam semua pertandingan ini ilah kumpulan saya iaitum kumpulan satu.

Jam 5.30 petang kami bersiap dan mengemaskan kan semua barang2 dan membersihkan pondok sebelum pulang ke ppks.Berakhir sudah semua program kami pada tahun ini sambutan pragawai 2011.kami semua sangat gembiram dan bersukacita…….

Thursday, March 10, 2011

Perlawanan Bola Tampar,,,,,PPKS


Sekilas pandang,,,


Seminggu yang berlalu,,,,,,Kelab Bola tampar telah mengadakan pertandingan bola tampar antara pasukan lelaki dan perempuan .Pertandingan ini hanya melibatkan ahli kelab bola tampar sahaja.Bagi permulaan permainan,penasihat kelab kami tela

h memilih gelanggang Kelab Reakresi Petronas tempat bermain.

Setiap pasukan menghantar 8 orang peserta.Tetapi bilangan yang main ialah 6 orang sahaja.Manakala 2 orang lagi pemain simpanan.Pertandingan ini hanya ada melibatkan 4 pasukan sahaja.Ini melibatkan 2 kumpulan perempuan dan 2 kumpulan lelaki.Kini,,,pertandingan ini sampai tahap yang terakhir untuk menentukan pasukan kejohanan,naib johan dan seterusnya…………..Disamping itu juga,,semua kumpulan mempunyai nama tersendiri.

Nama kumpulan saya ialah ‘Team Indu Iban’.Nama kumpulan saya bersesuaian dengan semua peserta kaum iban.Pasukan saya Berjaya bermain sampai ke tahap yang terakhir.Apabila kumpulan saya berlawan dengan pasukan lelaki kami semua sangat rasa tercabar untuk mengalahkan mereka.Semasa bermain,semua ahli saya memberikan kerjasama yang sangat baik.Sewaktu kami bermain,suasana di gelanggang sangat riuh kerana perlawanan kami dengan pasukan lelaki sangat sengit dan mantap.oooo,,,,nampaknya kumpulan saya tewas satu mata,,,,,adu……..aduhhhhhhhhhhhh..

Kini,,,pertandingan ini telah sampai ke penghujung dan,,,,Pemenangnya ialah……………….

Akhirnya,pengadil akan mengumumkan pemenang,naib johan dan seterusnya.Kami semua menanti penuh kesabaran dan wujudnya perasaan gelisah.

“Pertandingan ini dimenangi oleh pasukan lelaki dan naib johan ialah ,,,Team Indu Iban….

Bagi mengakhiri perlawanan ini,,penyampaian hadiah oleh penasihat kelab bola tampar iaitu Miss Wawa dan Miss Camelia.Secara langsungnya,semua ahli kelab bola tampar telah memberikan kerjasama yang baik,Sekali gus dapat menjayakan pertandingan ini dengan lancar dan sempurna.

Tuesday, February 22, 2011

HARI PERKHAWINAN

Pada 19 Febuari yang lepas,kami sekeluarga telah menghadiri majlis perkhawinan saudara di Kampung Sebatu Suai. Kami sekeluarga datang lebih awal pada petang hari Jumaat.Kami merancang untuk datang awal supaya dapat membantu membuat persiapan untuk kegunaan sebelah malam.Saudara -mara ramai juga sudah datang pada waktu petang itu membantu membuat pelbagai persediaan.Salah satu persiapan yang kami buat ialah menyediakan makanan untuk dihidang kepada para tetamu yang ada menghadiri majlis yang akan akan dilangsungkan pada waktu malam.Pelbagai makanan dan minuman yang ada disediakan oleh pihak perempuan bagi majlis perkahwinan mereka.Penduduk kampung pula sibuk menyediakan khemah tempat memasak di hadapan rumah panjang itu.

Kira-kira pukul 6.00 petang para tetamu bagi pihak lelaki tiba di rumah panjang.Saudara mara pihak lelaki sangat ramai hadir ketikma itu. Mereka ini datang Bintulu semua serta ada juga yang datang dari Sibu.Walaupun tempat mereka agak jauh,namun mereka sanggup datang bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan ini.Kedatangan mereka disambut dengan pukulan gong bertalu-talu……Sepanjang perjalanan mereka dari Bintulu,sebuah lori membawa peralatan gong dan sebuah bendera Malaysia atau Sarawak dikibarkan pada lori tersebut dalam masa yang sama gong ini dipukul .Apabila mereka sampai dikampung,mereka sedia dialu-alukan.Setelah itu,mereka dihidangkan dengan minuman.

Kira-kira pukul 8.30 malam.Semua orang yang datang dijemput makan.Selepas makan,tempat itu dibersihkan.Bagi keselamatan semua pengunjung.Setelah semuanya selesai.Majlis perkahwinan itu dilangsungkan.Pihak lelaki masuk bilik perempuan kerana mereka akan duduk bersanding di tengah-tengah ruai,tika itu juga bapa pihak lelaki ada menyampaikan sepatah dua kata,seterusnya diikuti dengan wakil pihak perempuan. Kedua-dua pihak lelaki dan perempuan ada menyampaikan kata-kata nasihat kepada anak mereka.Selesai upacara ini,pasangan pengantin lalu membahagikan air pengantin kepada semua orang.Selesai saja majlis ini.Semua minuman yang ada dikeluarkan dari bilik untuk diminum.Akhirnya,majlis ini diakhiri dengan tarian ngajat dan pelbagai aksi tarian yang ada. `

Wednesday, February 9, 2011

Gong xi Fa cai


Perayaan hari Tahun baharu cina tahun ini merupakan sambutan yang menarik .Pada tahun Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengadakan majlis rumah terbuka Gong Xi Fa cai di Bandaraya Miri bertempat di Dataran kipas pada tarikh 7/2/2011 hari ahad.Tujuan ini adalah untuk menjalinkan kemesraan rakyat Malaysia.Saya berasa syukur berada di Negara Malaysia yang penuh dengan kedamaian serta keamanan.

Perayan ini julung kalinya diadakan di miri.Berdasarkan kepercayaan kaum cina,Tahun ini merupakan tahun yang sangat baik bagi orang yang ingin memulakan perniagaan.Hal ini kerana,Tahun ini ialah tahun Arnab bagi kepercayan mereka.Haiwan ini mempunyai cirri-ciri yang bijak dan jinak bersesuai dengan semua bayi yang lahir pada tahun ini yang mempunyai sifat bijak dan jinak.Secara kebetulan,majlis ini berlangsung ketika murid masih bercuti.Dengan jumlah yang mencecah 10 ribu orang menimbulkan keriuhan dengan suasana yang sangat harmoni.

Dengan menggunakan peluang yang ini saya dan saudara-mara turut hadir melihat majlis ini.Keadaan di Dataran kipas saat itu sangat sesak dan sempit sekali kerana tempat itu dipenuhi para penonton yang datangnya dari pelbagai tempat,bangsa serta ragam yang berbagai-bagai.Sepanjang majlis ini berlangsung.Kami telah dihiburkan oleh para artis tempatan.Mereka yang menghiburkan kami pada malam itu adalah 5 orang peserta.Para artis ini membawa lagu pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu,Iban,cina,kayan,India.Tidak ketinggalan juga kami telah dipersembahkan pelbagai etnik tarian yang membawa maksudnya tersendiri daripada Kelab Komunikasi dan Kebudayaan Kuala Lumpur.Persembahan tarian singa juga ada dipersembahkan.Tarian ini sangat menarik perhatian para penonton sehinggakan ada yang meniru gaya pergerakan singa itu dan teriakan para penonton tanda keriangan mereka memberi sokongan tarian tersebut.

Sehubungan dengan itu,majlis ini memerlukan pertolongan daripada pihak jabatan pertahanan awan untuk menjamin keselamatan para tetamu kehormat yang turut hadir pada masa itu.Pasukan keselamatan yang turut terlibat ialah polis,bomba,rela dan pasukan bulan sabit merah. Mereka semua memberikan kerjasama yang sangat bagus kerana tiada perkara yang buruk berlaku sepanjang malam itu.Ini kerana kawalan mereka sangat teratur dan semangat semangat berpasukan mereka agak baik antara setiap pasukan.Mereka juga ada yang bertugas untuk menghidangkan makanan.Majlis ini sangat meriah kerana dapat sambutan ramai daripada penduduk Miri.

Bagi penutupan majlis ini,Tiga orang jurucakap menanyakan soalan kepada beberapa orang penonton.Mereka ini terdiri daripada jurucakap Miri FM,Sarawak FM dan Mandarin. Setelah itu,kami dihiburkan oleh artis dari KL.Bagi menamatkan majlis ini,Semua penari sekali lag membuat persembahan tarian satu Malaysia yang terdiri daripada tarian tradisi.Kira-kira jam 11 lebih majlis ini tamat…………………

Monday, January 24, 2011

TAHUN BARU 2011 DI TEMPAT SAYA

ngabang


kuih-muih yg dihidangkan


1 Januari setiap tahun merupakan tarikh yang dinantikan oleh setiap kaum Dayak di Sarawak.Ia menandakan bermulanya tahun baru bagi masyarakat kami.Jadi kebanyakkan ibu bapa pada masa ini agak sibuk menyediakan keperluan untuk merayakannya.Secara kebetulan perayan ini disambut semasa cuti akhir semester.Jadi ramai dikalangan anak-anak yang bersekolah menengah dapat balik merayakannya.Kebanyakkan penghuni rumah kami yang bekerja jauh dapat balik untuk merayakannya bersama-sama keluarga,

Dengan jumlah yang mencecah angka 200 orang termasuk kanak-kanak maka dengan kedatangan sanak saudara dari jauh akan menimbulkan keriuhan dan berbgai karenah dan ragam mereka .Tarikh –tarikh 29,30,31 Disember merupakan tarikh yang paling sibuk bagi semua penduduk rumah kami.Masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing.Ada yang pergi membeli –belah di pasar Batu Niah,tetapi ada yang pergi ke Bandar Miri dan Bintulu.


Satu benda penting semasa sambutan taun baru ialah membuat air tuak yang akan diminum sebagai air pengayu pada malam 31 Dis.Air tuak ini dibuat daripada campuran ragi yang khas untuk membuat tuak.Pada malam 31 Dis diadakan makan bersama –sama keluarga iaitu makn malam bersempena dengan menyambut taun baru ini.Berbagai lauk pauk yang istimewa telah disediakn oleh ibu .Sya sungguh berselera menghadap lauk yang berbagai itu.


Tepat pada pukul 12.00 tengah malam 31 Dis gong akan dipalu menandakan masanya untuk minum air pengayu.Semua penghuni akn berkumpul di tengah ruang tamu ruai.Upacara miring pun dijalankan dan rasmilah sudah sambutan hari taun baru bagi tahun 2011 ini.Acara kunjung-mengunjungndan atau “ngabang”pun bermula diantara penghuni rumah kami.Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh semua penguin rumah panjang untuk melihat persiapan oleh jiran-jiran disebelah menyebelah.Acara kunjung-mengunjung merupakan satu tradisi untuk mengeratkan lagi persefahaman antara penghuni rumah kami.


Perayaan hari tahun baru pada tahun ini merupakan sambutan yang menarik yang pernah saya alami.Ini adalah kerana ia merupakan sambutan pertama dalam alaf baru ini. Sekiranya kawan-kawan ingin merasai sambutan Tahun baru silalah ke rumah saya.Kami akan menyambut kedatangan kawan-kawan dengan tangan yang terbuka tanpa mengira bangsa ataupun agama.

Tuesday, December 28, 2010

PERSIAPAN HARI KRISMAS 20/12/2010-24/12/2010

Pada tarikh seperti ini merupakan tarikh yang paling sibuk bagi penganut agama kristian di rumah panjang kami .Masing-masing sibuk mengemas rumah sendiri.Saya pula sibuk menolong ibu pergi membeli belah di pasar Batu Niah.Ada juga segelintir keluarga membeli-belah pergi Miri.

Kebanyakan di kampung saya, ibu bapa yang paling sibuk menyediakannya.Tanpa disedari juga,perayaan ini disambut setelah pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sedang bercuti akhir semester.Para pekerja dari kampung yang bekerja jauh juga dapat balik merayakannya bersama keluarga yang telah ditinggalkan.Sekali gus dapat juga mengubat hati yang saling merindui sesama sendiri.


Pada tarikh 23 Dis,bapa saya pergi ke kebun untuk mencari ruas kerana kami ingin memasak ayam pansuh.Ayam pansuh ini merupakan makanan kegemaran para pengunjung yang datang ke rumah.Setiap kali perayaan keluarga saya akan menyediakan masakan ini. Tidak lupa juga,dengan masakan yang sangat sedap iaitu,lemang.Lemang ini akan disediakan untuk pengunjung yang datang pada waktu malam.Dalam masa yang sama para pengunjung akan datang ketika sibuk melakukan persiapan hari krismas.Hal ini menyebabkan saya bersa sangat letih.Walau bagaimanapun,saya sentiasa bersedia menolong ibu menyediakan segala juadah.


Manakala pada pagi 23 Dis,Ibu,saya dan adik sibuk membuat biskut.Kami hanya membuat 3jenis biskut saja.Nama biskut itu ialah,biskut coklat,makmur dan biskut arab.Disamping itu,pada sebelah petang pula,ibu membuat satu kek.Iaitu,kek lapis srawak.