Tuesday, December 28, 2010

PERSIAPAN HARI KRISMAS 20/12/2010-24/12/2010

Pada tarikh seperti ini merupakan tarikh yang paling sibuk bagi penganut agama kristian di rumah panjang kami .Masing-masing sibuk mengemas rumah sendiri.Saya pula sibuk menolong ibu pergi membeli belah di pasar Batu Niah.Ada juga segelintir keluarga membeli-belah pergi Miri.

Kebanyakan di kampung saya, ibu bapa yang paling sibuk menyediakannya.Tanpa disedari juga,perayaan ini disambut setelah pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sedang bercuti akhir semester.Para pekerja dari kampung yang bekerja jauh juga dapat balik merayakannya bersama keluarga yang telah ditinggalkan.Sekali gus dapat juga mengubat hati yang saling merindui sesama sendiri.


Pada tarikh 23 Dis,bapa saya pergi ke kebun untuk mencari ruas kerana kami ingin memasak ayam pansuh.Ayam pansuh ini merupakan makanan kegemaran para pengunjung yang datang ke rumah.Setiap kali perayaan keluarga saya akan menyediakan masakan ini. Tidak lupa juga,dengan masakan yang sangat sedap iaitu,lemang.Lemang ini akan disediakan untuk pengunjung yang datang pada waktu malam.Dalam masa yang sama para pengunjung akan datang ketika sibuk melakukan persiapan hari krismas.Hal ini menyebabkan saya bersa sangat letih.Walau bagaimanapun,saya sentiasa bersedia menolong ibu menyediakan segala juadah.


Manakala pada pagi 23 Dis,Ibu,saya dan adik sibuk membuat biskut.Kami hanya membuat 3jenis biskut saja.Nama biskut itu ialah,biskut coklat,makmur dan biskut arab.Disamping itu,pada sebelah petang pula,ibu membuat satu kek.Iaitu,kek lapis srawak.

Thursday, December 9, 2010

HARI BEGITU MALANG......................

Hari berganti hari,bulan berganti bulan.Masa berlalu dengan begitu pantas tanpa disedari oleh kita semua dalam meniti hari yang begitu bermakna dalam diri masing-masing.Hari ini masuk bulan 12 dimana bulan yang terakhir pada setiap tahun.

Pada suatu ketika,Sewaktu aku bersama teman-teman ku turun ke kelas,kami semua ada empat orang kawan yang tinggal di asrama.Dalam perjalanan menuju ke kelas bersama mis,Ada sekumpulan kawanku yang sama kelas juga baru sampai di kolej.Aku dan kawanku ana mendahului perjalanan untuk masuk bilik kelas.Tiba-tiba salah satu daripada kawan ku yang baru sampai tadi tu,terjatuh ke dalam longkang.ADUHHHHHHH......sakitnyer.Dia merengek.Mis dan kawan saya sorang hanya mampu melihat dari tingkat atas.Kawan ku Ana ni terjatuh dalam longkang berhadapan dengan cafe kolej.Kawan ku ini hanya mengalami kelukaan pada lututnya saja.Meskipun luka yang kecil sahaja,namun kepedihananya amat lah menyakitkan.


Tanpa melenggahkan masa,Secara tidak langsung mis ku terus turun ke bawah untuk membantu mengangkat kawan ku Ana dari longkang.Serta merta kami satu kelas terus turun ke bawah untuk membantu.Selepas itu,Mis ku meminta bantuan daripada staf lelaki yang sedang berada di kantin.Secara kebetulan pula ketua Hal Ehwal pelajar kami dalam perjalanan ke kantin terus menghala ke arah kami untuk membantu.Tanpa membuang masa,dia terus membawa kawan Ku Ana ke hospital yang berdekatan dengan E-mart.Kawan ku ana ditemani oleh seorang kawan yang paling rapatnya.


Sebaik sahaja mereka berlalu,Kami semua meneruskan pembelajaran di dalam kelas.Pada masa itu kami semua sangat bersimpati dengan nasib Ana yang sangat malang hari itu.Bak kata Malang tidak berbau.Setelah beberapa jam kemudian,Ana dan kawanku balik ke kolej semula.Kawan ku Ana hanyalah dibagi ubat luka dan pembalut luka sahaja.

Thursday, November 11, 2010

HUJUNG MINGGU LALU

Pada hujung minggu yang lalu,kelas Sistem Maklumat Tahap3 telah menbuat aktiviti kelas bersama pengajar Nurul Peeda.Aktiviti ini dijalankan pada 06.November 2010 bertempat di Hotel Marriot Miri.Aktiviti ini disertai 10 orang pelajar sahaja.Kami berangkat dari PPKS kira-kira 1.30 petang.Kami semua menggunakan tiga buah pengangkutan pergi ke sana.Sampai di Hotel disana,Kami dilayan dengan baik oleh para pekerja. Sementara itu,pengajar kami membuat pembayaran di kaunter .Selesai membuat pembayaran kami diberi tiga keping kad untuk membuka pintu.Kami juga tidak melepaskan peluang bergambar di tempat kaunter.Kami semua amatlah rasa seronok berada disana.Aktiviti ini merupakan salah satu daripada cadangan aktiviti kelas pada semester 2 ini.

Pada sebelah petang ,kami melakukan aktiviti berenag di kolam renang wah,….sangat seronok rasanya.Secara tidak langsung kami dapat menjalinkan hubungan kemesraan satu sama lain.Terutamanya hubungan silaturahim dengan Pengajar kami.Terpacar kebahagaian dengan suasana karenah kami semua.Kenakalan yang tersimpan juga mempengaruhi saat itu.hihihihihi sangat seronoklah.Tambahan juga,orang ramai berada di situ dengan pelbagai ragam yang mencuit hati.Pemandangan yang sangat terbuka menyebabkan kami dapat melihat keindahan hotel Marriot yang tesergam kukuh di persisiran pantai yang menarik serta bangunan yang besar.Apabila dinilai segi pemandangan tempat ini sangat cantik kerana banyak tumbuhan hijau disekeliling yang terdiri daripada pelbagai jenis tumbuhan dan bunga yang berwarna –warni.Dalam masa yang sama juga,pelancong asing ada menginap di hotel tersebut.Kami semua dapat meneruskan aktiviti pada sebelah malam dengan keizinan cuaca yang baik.


Seterusnya,Pada sebelah malam,kira-kira jam 7.00 malam kami keluar dari hotel unutuk pergi ke tempat makan.Kami memilih tempat makan di Sajian Warisan.Tempat makan ini amatlah disukai orang ramai.Salah satu sebab tempat ini menjadi pilihan mungkin kerana perhiasan yang menarik serta situasi tempat ini ala-ala dikampung.Tambahan pula,masakan di sini sedap dan semua juadah ada disediakan.Selepas makan kami semua pergi menghiburkan hati iaitu,kami pergi ke tempat karaoke.Kami semua mendapat peluang untuk mengeluarkan bakat terpendam dengan menyanyikan lagu pilkihan sendiri.hooohohohohoho…..AISEH!!!!!!!Boleh tahan juga Kami semua mendapat peluang untuk mengeluarkan bakat yang terpendam dengan menyanyikan lagu pilkihan sendiri.lalalalalalhooohoo…..AISEH!!!!!!!Boleh tahan juga suara kami semua ni..Meskipun,belum punya pengalaman berkaraoke selama ini.tapi,saya tidak melepaskan peluang.Rugi kalau tidak turut serta dalam aktiviti macam ini.Kami semua sangat berhibur dan sekali gus dapat menenangkan fikiran yang tertekan. Inilah kenangan yang manis semasa saya dialam persekolahan dekat PPKS ini.Sangat2 manis.


Tamat sudah masa untuk kami semua berkaraoke pada malam itu kami terus balik ke hotel. Kami semua berpuas hati kerana segala rancangan kami telah berjalan dengan lancar sekali..Walaupun ada kekurangan bagi kami semua,namun kami dapat merasakan kebahagian dan keserasian dalam melakukan semua aktiviti yang dijalankan.Pada sebelah pagi,kami pun mengemas semua barang dalam bilik bagi memudahkan pekerja membuat pemeriksaan bilik.Tepat jam 11.00 pagi,kami semua sudah meninggalkan hotel tersebut.Sepanjang pejalanan balik ke PPKS saya hanya mendiamkan diri kerana berasa letih dan rasa tiadak cukup tidur. Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan semua kerana dapat memberikan kerjasama kepada pengajar dan sesama sendiri.Dengan itu,saya berharap agar aktiviti yang akan datang dijalankan dengan penuh tanggungjawab oleh semua pelajar.

Friday, October 22, 2010

Perasaan…………

Pergi lah saat luka lara lupakan masa derita,hadirmu merubah segala dunia bagai syurga.

Luka dihatiku tiada siapa yang tahu.Jangan pernah dikesalkan hatiku telah kecewa.Hanya pada tuhan saja ku serahkan segalanya.Setiap perancangan suka duka dan seterusnya ditentukannya.

Masihkah ada rindu hatimu saya sayang.Tiap hari dirimu menanti kepulangan ku tapi, tidak juga diriku balik gelisah juga saya pada dirimu,tetapi saya senantiasa menyayangi dirimu.Tidak mudah bagi saya melupakan dirimu hanya kamu kekasih hati saya.Setiap hari saya bertanya kemana kamu pergi.Saya berharap kita boleh berjumpa.Rindu saya pada kamu tidak pernah pudar.Sepenuh hati saya rindu .Apakah? Sudah takdir kita berdua berjauhan.

Kekasih…..


Adakah kamu sayang saya?Adakah kamu rindu saya?Kamu yang saya sayang.Hanya kamu yang membuat saya rindu.Kamu yang saya pilih.Ketika kita bersama dunia ini rasa milik, kita.


AARGHH,….!!!!!


Ketika itu,hanya suara hati menyanyi merenung dirimu jauh pergi……Terkilan juga rasa ku dengan kata-katamu kau ucapkan padaku membuat ku terpaku seolah ku berada dalam mimpi.Titisan air mata bergelingan tak mungkin dapat ku lupakan,dalam dunia ini tak mungkin dapat ku cari penganti sama seperti dirimu……


MENGAPA…………..


Perpisahan yang kau pinta,janganlah kau lupa suatu ketika dahulu kita pernah bersama.Berjanji untuk bercinta.Kini kau mengakhiri janji dimanakah kau letak kejujuranMu…Sampai bila ku harus menahan rasa kecewa dalam dada,Seandainya kita masih bersama tak mungkin kita akan menyatu.

Biarkan kenangan kita berakhir disini tanpa diriMu……Biar ku simpan semua kenagan bersamaMu…..

Thursday, October 14, 2010

PENINGGALAN BOM DI SEKOLAH…………….

Pada 10/10/2010,sekolah lutong menjadi sebutan ramai kerana terdapat bom peninggalan pada perang kedua dahulu .Bom seberat 1,000 paun.Bom ini telah dijumpai berhampiran sebuah sekolah di Lutong.

Seorang jawatankuasa iaitu Ketua Polis Miri ACP Jamalludin Ibrahim mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan itu setelah dihubungi Utusan Borneo.


Terdahulu,beberapa orang konktrator yang sedang giat menjalankan kerja-kerja menggali di kawasan itu terkejut apabila terlihat bom usang tertanam di dalam tanah. Untuk mematikan bom tersebut,semua pihak sedang menunggu pakar bom dari Semenanjung Malaysia.


Beberapa pakar bom akan tiba petang itu.Namun Jamalludin Ibrahim tidak dapat memberi penjelasan lanjut mengenai operasi itu.Beliau juga enggan mengulas sama ada bom itu masih lagi aktif atau sebaliknya.


Bagaimanapun,pihak berkuasa tetap mengambil langkah berjaga-jaga meskipun tidak mengetahui bom itu aktif ataupun tidak.

ULANG TAHUN KELAB REKREASI PETRONAS YANG KE -100 TAHUN

Pada minggu yang lalu,Kelab Rekreasi Petronas telah mengadakan majlis sambutan hari 100 tahun kelab ini telah ditubuhkan.Kelab ini ditubuhkan gabungan antara Petronas dan Shell.Majlis ini berlangsung pada 02/10/2010 bersamaan hari Sabtu pukul 7.00 malam.Sebelum sambutan ini diadakan,pekerja-pekerja yang diarahkan mengatur tempat dan mendirikan khemah sangat bekerja keras menyediakan semuanya itu.Keadaan di tempat itu juga nampak pesat kerana pelbagai perabot dan peralatan yang dihantar .

Sehubungan dengan itu,majlis itu juga memerlukan ramai pekerja untuk menggendalikan tugasan yang sangat banyak.Oleh yang demikian,pihak kelab ini memberi peluang kepada Mahasiswa dan mahasiswi PPKS bekerja di tempat ini.Maka,mahasiswa dan mahasiswi turut merebut peluang ini untuk mencari pengalaman bekerja sambilan di suatu majlis.Secara tidak langsung,Mereka dapat mengeratkan silaturahim diantara pekerja yang tetap disitu dan sesama mereka walaupun tidak mengambil masa yang lama untuk bersama.Kemesraan diantara kami terpacar apabila ditambahkan lagi dengan pekerja yang datang dari dua buah hotel iaitu hotel Imperiall Mall dan ParkCity.Tugas mereka ini ialah menghidang makanan kepada tetamu.Sejajar itu,Pekerja juga turut dijemput bersama-sama makan setelah menghidang segala makanan kepada tetamu.


Kira-kira jam 5.00 petang ,orang ramai mula menghadiri majlis ini.Jalan raya juga semakin sesak kerana banyak kenderaan yang parking di kawasan kolej ini sehingga menyebabkan kesukaran pergerakan kenderaan.Bagi setiap orang yang menghadiri majlis ini mestilah memakai kupon.Kupon ini dipakai pada pergelangan tangan bagi memudahkan pelancaran majlis serta memastikan pihak yang layak dan menjadi ahli kelab ini.Disamping itu juga,Pasukan keselamatan turut hadir bagi menjamin keselamatan semua pihak yang hadir pada malam itu.Anggota pasukan yang ada sepanjang majlis ini berlangsung ialah Pasukan Polis,Rela,Bomba.Mereka juga menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan penuh keprihatinan.


Majlis ini sangat meriah kerana banyak aktiviti yang dijalankan. Terutamanya permainan mercun,api,Karaoke dan sebagainya.Hal ini bagi menarik minat para ahli kelab yang hadir supaya sentiasa menyokong segala aktiviti Kelab Kreakasi ini.Apabila ada sokongan,sekali gus kelab ini akan terus maju dan semakin maju.Ekoran itu,saya turut berasa gembira kerana dapat melihat pertunjukan bunga api.Walaupun begitu,pertunjukan ini dilakukan dengan berhati-hati.


Bagi memeriahkan sambutan ini,Kelab ini ada menjemput penyanyi datang.Ini bagi menghiburkan dan memeriahkan suasana ditempat itu jadi mereka juga berasa terhibur sekali. Orang yang menghadiri majlis itu kira-kira seramai 10000 lebih orang.Sebagai mengakhiri majlis ini,Sekali lagi pertunjukan bunga api dilangsungkan tepat jam 12.00 malam.Setelah bunga api meletup semua,maka berakhirlah majlis sambutan ini.

Wednesday, September 22, 2010

PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI




Hari lebaran telah pun tiba.Adat bermaaf-maafan dan salam-salaman tetap diamalkan.Tahun ini sambutan hari raya dikampung Melayu berdekatan dengan kampung saya sangat meriah.Suasana yang riuh-rendah dikampung membuatkan saya rasa seronok.Saya juga tidak ketinggalan datang beraya dirumah keluarga angkat.Perayaan ini diraikan cukup sempurna bagi kami sekeluarga.Saya berasa bersyukur kerana dapat meraikan hari lebaran ini dengan keluarga meskipun tidak lama.

Hari pertama syawal begitu indah bagi saya.Kerana saya dapat berjumpa dengan semua ahli keluarga angkat.Inilah satu-satunya peluang berjumpa dengan semua ahli keluarga.Meskipun ada diantara mereka tidak dapat pulang kampung kerana sibuk dengan tugas masing-masing.Walaupun tidak balik kampung,tali pertalian itu tidak akan terputus.Bak kata perpatah”air dicincang tak akan terputus”.Apa pun,Kata-kata salaman dan kemaafan hanya diungkapkan melalui telefon.


Disamping itu, baju raya tahun ini turut bertukar-tukar warna dan dipelbagaikan bentuk serta corak yang menarik.Dari aspek ini saya boleh melihat pelbagai fesyen yang ada dikampung.Pada syawal kedua orang mula dating beraya ke rumah.Pelbagai ragam dan karenah yang menghiburkan hati bagi memeriahkan lagi suasana dirumah.Dengan itu,perbuatan seperti ini mengeratkan lagi perhubungan di setiap individu yang datang. Sebelah malam pula,terang menerang kerna banyak lampu dinyalakan di tepi jalan malah ada yang memeriahkan keadaan dengan memainkan mercun dan bunga api.

Sunday, August 22, 2010

Bulan Berpuasa bagi umat Islam Bersyukur kita kepada hadrat ilahi.....

Sememangnya bulan ini membawa berkat kepada umat islam.Berpuasa ini satu kewajipan bagi semua yang beragama Islam.Dalam bulan puasa ini mereka boleh menyemaikan lebih banyak nilai-nilai murni dalam diri,masyarakat dan disekililing .Dalam masa berpuasa ini juga mereka belajar pelbagai ilmu baru tentang agama sekali gus membentuk sasiah peribadi individu.Mereka juga oleh mengamalkan nilai-nilai agama sepanjang berpuasa. Contohnya,mengawal nafsu makan, marah, menjaga setiap perbicaraan, perlakuan, pergaulan dan sebagainya.Bagi kawan-kawan yang sedang berpuasa sekarang ini,selamat berpuasa kepada anda semua ya.Semoga Berjaya menunaikan kewajiban ini sehingga ke hujung puasa.

Sudah menjadi kelaziman apabila tiba bulan puasa.Bazar-bazar Ramadan tumbuh seperti cendawan.Suasana bazaar Ramadan ini amat menyeronokkan kerana mempunyai pelbagai juadah yang dijual.Oleh kerana, segala juadah yang dijual dengan harga yang berpatutan maka kami semua menggunakan peluang ini untuk membeli-belah segala juadah ini.Setiap gerai yang ada mempunyai daya tarikan yang sendiri.


Suatu hari.Kawan ku,Lin.Ana.Awa.dan Rina pergi membeli makanan di Bazar Ramadan.Sewaktu mereka ingin membeli minuman disatu gerai,Kawan ku yang bernama Lina menjatuhkan minuman yang sudah dibelinya tadi ke dalam bekas minuman itu.Kejadian ini berlaku kerna minuman itu terlepas dari pegangan dia.Adui,Kejadian ini sangat memalukan lar….Dah lah,ramai orang yang melihat.Alamak!malu lah. Boleh Jatuh imej ooooo.Orang bujang lagi yang menjual air itu. Ini kenangan hari ke 8 pergi ke Bazar Ramadan. Selepas itu,Kami pun sama-sama balik ke hostel.

Monday, August 9, 2010

Kehidupan……………………

Ada kalanya menyeronokkan hidupku sebagai seorang remaja

Ku seorang yang mempunyai impian dalam kehidupan yang begitu indah didalam bumi atas anugerah tuhan


Hidup seorang remaja umpama rumput lalang yang bergerak apabila ditiup angin


Hidupku pula seperti pantai yang setia menantikan pukulan ombak


Walaupun sakit tetapi ku tetap mempertahankan hidup


Begitu lah kita manusia yang hidup sementara…AH………..


Suka duka,pahit manis memang patut diharungi dalam hidup


Andaikan hidup ini tiada kenangan


Maka,tidak lah kita mengerti arti hidup susah mahupun senang


Kita jua tidak tahu apa itu pengelaman hidup


Kita bak sepohon kayu perlukan oksigen untuk meneruskan hidup


Apakah kita subur ataupun mati,berbunga ataupun luruh


Itulah hidup seumpama kain putih yang dicorakkan oleh manusia


Renungkan lar...Hayati&fahami=)!!!!!!

Monday, August 2, 2010

Dibahu kita tergalas satu amanah(pelajar)

Setahun yang lalu,ketika saya dalam tingkatan lima.Kini,masih lagi menuntut ilmu disebuah institut.Setahun yang lalu,juga tahun-tahun sebelum itu,walau segarang mana pun guru itu,dia sangat dihormati.Ini menyebabkan saya ataupun kalian,menjadi manusia yang patuh dan tahan lasak.Setahun yang lalu,saya sebagai pelajar.Bebagai-bagai hukuman yang dilakukan oleh cikgu.Saya masih ingat,suatu sebelum rehat,saya dihukum oleh cikgu matematik kerana tidak dapat menjawab soalan yang ditanya.Saya didenda berdiri di atas kerusi.Tapi,saya simpan semua itu sebagai kenangan semasa di sekolah menengah.

Saya dihukum kerana membuat salah.Terima kasih cikgu..Dari cikgu saya belajar supaya tidak abaikan kerja,saya belajar pentingnya ilmu,perlu taat kepada ibu bapa.Sebenarnya cikgu sayangkan kita.Cuma kita yang belum mengerti.Cikgu bukan hanya di sekolah mahupun di mana-mana institut serta universiti.


Guru sebenarnya berada dimana-mana selagi kita menganggap diri adalah murid/pelajar yang dahagakan ilmu.


Saya belajarkeberanian, kelincahan, ketegasan, memahami kesabaran dan ketulusan kerja.Guru , tak semestinya kita menuntut darinya.Guru boleh datang dari perhatian.Masa terus berlalu,Saya belajar erti kegigihan dan keazaman.Ilmu terus ditimba,keberanian terus dipertebalkan.Bersyukur kepada Allah,Saya diajar erti ketahanan diri,ketegasan dan pentingnya memiliki hati yang ikhlas.Fitrah alam terus beredar,yang pergi akan berganti,dan dari yang baru itu saya terus berguru.Kita adalah seorang daripada sekalian manusia.Berdiri di atas bumi dengan serba kekurangan.


Maka,dari kegagalan saya belajar erti kesungguhan,dari kejayaan saya belajar rasa kerendahan hati dan dari kesedihan serta kekurangan,saya belajar erti kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.”Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu”

Sunday, August 1, 2010

pengenalan sekilas pandang

Apakah yang anda semua faham mengenai sekilas pandang?
Sekilas pandang ini mengisahkan pelbagai aneka yang belaku disekelilingku.Apa yang ku lihat dan alami sepanjang hidup ini itulah yang akan ku coretkan dalam blogku ini.Hari berganti hari,bulan tetap berganti dan waktu itu terus mencemburui kita setiap detik.Dalam sehari kita telah melakukan pelbagai perkara dengan menggunakan masa yang ada.Apa punSetiap perkara berlaku dalam sehari membawa kenangan pada seseorang individu.Kenangan yang manis mahupun pahit bagi seseorang tetap juga bertahta dihati ataupun diminda.Oleh yang demikian,Segala kenangan yang pernah kita semua lalui akan dikenang walaupun sekadar “sekilas pandang”Inilah pengenalan yang ku tahu tentang sekilas pandang.Seterusnya ku ingin menceritakan kisah-kisah sekilas pandang sepnjang bulan julai…….