Monday, May 2, 2011

Aktiviti Hujung Minggu


Pada 1 mei yang lalu kami sekelas(SM) ada mengadakan aktiviti di luar kelas bersama dengan pelajar (CPS).Kami mengadakan aktiviti ini di tanjung lobang bersamaan dengan hari ahad.Tujuan kami mengadakan aktiviti ini kerana kami ingin memupuk semangat setia kawan,mengeratkan hubungan silaturahim sesama kami semua dan dapat memanfaatakan masa bersama dengan tenaga pekerja kami.



Aktiviti kami pada hari itu berjalan dengan lancar sekali kerana kami semua memberi kerjasama yang sangat bagus diantara satu sama lain termasuk lah pengajar kami.Tambahan pula denga cuara yang sangat mengizinkan kami melaksanakan segala aktiviti yang telah dirancang.Pada waktu pagi,kami mengadakan senaman poco-poco .Slepas itu,kami teruskan dengan acara memanggang ayam dan sosej.Sementara menanti ayam dan sosej masak,pelajar yang tidak terlibat dengan memanggang,mereka semua membawa haluan masing-masing dan bersantai-santai disana.



Manakala,pada sebelah petang,Kami mempunyai aktiviti sukaneka yang melibatkan semua pelajar yang menyertai perkelahan ini.Tepat jam pukul dua,kami melaksanakan semua permainan yang telah dirancang.Permain yang kami adakan ialah.permainan ping-pong.tarik guni.gelang getah dalam straw,tiup tepong,ikat kaki berpasangan dan belon beracun.Semua aktiviti ini mendapat sambuatan yang baik dari semua pelajar.Sebelum membuat sukaneka,kami dibahagikan kepada 4 kumpulan,dimana satu kumpulan ada 5 orang ahli.Segala aktiviti ini memerlukan kerjasama dalam kumpulan.Setiap permainan sudah pasti ada yang menang dan kalah.Dan siapakah juara dalam aktiviti ini kami belum tahu lagi…hhehehee……



Selesai saja sukaneka tamat,kami bersama-sama membersihkan pondok tempat menyimpan semua barang dan mengutip sampah.Kami juga tidak ketinggalan bergambar disana sebagai kenang-kenangan kami semua.Kira-kira pukul 5 kami pun bersedia balik ke kolej(ppks).