Monday, August 2, 2010

Dibahu kita tergalas satu amanah(pelajar)

Setahun yang lalu,ketika saya dalam tingkatan lima.Kini,masih lagi menuntut ilmu disebuah institut.Setahun yang lalu,juga tahun-tahun sebelum itu,walau segarang mana pun guru itu,dia sangat dihormati.Ini menyebabkan saya ataupun kalian,menjadi manusia yang patuh dan tahan lasak.Setahun yang lalu,saya sebagai pelajar.Bebagai-bagai hukuman yang dilakukan oleh cikgu.Saya masih ingat,suatu sebelum rehat,saya dihukum oleh cikgu matematik kerana tidak dapat menjawab soalan yang ditanya.Saya didenda berdiri di atas kerusi.Tapi,saya simpan semua itu sebagai kenangan semasa di sekolah menengah.

Saya dihukum kerana membuat salah.Terima kasih cikgu..Dari cikgu saya belajar supaya tidak abaikan kerja,saya belajar pentingnya ilmu,perlu taat kepada ibu bapa.Sebenarnya cikgu sayangkan kita.Cuma kita yang belum mengerti.Cikgu bukan hanya di sekolah mahupun di mana-mana institut serta universiti.


Guru sebenarnya berada dimana-mana selagi kita menganggap diri adalah murid/pelajar yang dahagakan ilmu.


Saya belajarkeberanian, kelincahan, ketegasan, memahami kesabaran dan ketulusan kerja.Guru , tak semestinya kita menuntut darinya.Guru boleh datang dari perhatian.Masa terus berlalu,Saya belajar erti kegigihan dan keazaman.Ilmu terus ditimba,keberanian terus dipertebalkan.Bersyukur kepada Allah,Saya diajar erti ketahanan diri,ketegasan dan pentingnya memiliki hati yang ikhlas.Fitrah alam terus beredar,yang pergi akan berganti,dan dari yang baru itu saya terus berguru.Kita adalah seorang daripada sekalian manusia.Berdiri di atas bumi dengan serba kekurangan.


Maka,dari kegagalan saya belajar erti kesungguhan,dari kejayaan saya belajar rasa kerendahan hati dan dari kesedihan serta kekurangan,saya belajar erti kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.”Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu”

No comments:

Post a Comment