Tuesday, December 28, 2010

PERSIAPAN HARI KRISMAS 20/12/2010-24/12/2010

Pada tarikh seperti ini merupakan tarikh yang paling sibuk bagi penganut agama kristian di rumah panjang kami .Masing-masing sibuk mengemas rumah sendiri.Saya pula sibuk menolong ibu pergi membeli belah di pasar Batu Niah.Ada juga segelintir keluarga membeli-belah pergi Miri.

Kebanyakan di kampung saya, ibu bapa yang paling sibuk menyediakannya.Tanpa disedari juga,perayaan ini disambut setelah pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sedang bercuti akhir semester.Para pekerja dari kampung yang bekerja jauh juga dapat balik merayakannya bersama keluarga yang telah ditinggalkan.Sekali gus dapat juga mengubat hati yang saling merindui sesama sendiri.


Pada tarikh 23 Dis,bapa saya pergi ke kebun untuk mencari ruas kerana kami ingin memasak ayam pansuh.Ayam pansuh ini merupakan makanan kegemaran para pengunjung yang datang ke rumah.Setiap kali perayaan keluarga saya akan menyediakan masakan ini. Tidak lupa juga,dengan masakan yang sangat sedap iaitu,lemang.Lemang ini akan disediakan untuk pengunjung yang datang pada waktu malam.Dalam masa yang sama para pengunjung akan datang ketika sibuk melakukan persiapan hari krismas.Hal ini menyebabkan saya bersa sangat letih.Walau bagaimanapun,saya sentiasa bersedia menolong ibu menyediakan segala juadah.


Manakala pada pagi 23 Dis,Ibu,saya dan adik sibuk membuat biskut.Kami hanya membuat 3jenis biskut saja.Nama biskut itu ialah,biskut coklat,makmur dan biskut arab.Disamping itu,pada sebelah petang pula,ibu membuat satu kek.Iaitu,kek lapis srawak.

No comments:

Post a Comment